Sunday, January 24, 2010

Rauf Qayyum My Fren

Saya ada kawan. Nama dia Rauf Qayum. Dia gemok dan mentol..aa...montel dan tembam..... Dia baru tumbuh gigi. Gigi dia ada 4 1/2 batang. Kalau dia HEHEHEE...gigi dia nampak macam tupai...Walau pun Auf gedempol dia berlari dengan laju. Suatu masa dulu dia terlanggar dinding ketika berlari kerana brek kaki dia tak kuat. Dia menangis uwek uwek...

Kadang-kadang saya buli rauf. Saya suka buli dia sebab dia bulat. Rauf pernah hampir gigit saya. Waktu itu gigi Rauf belum tumbuh. Sejak gigi dia tumbuh saya hati-hati mau buli rauf, takut kena gigit.

Saya baru balik dari rumah Rauf. Saya makan malam di rumah Rauf. Saya makan sikit saja kerana mau bermain dengan Rauf.

Mata saya sudah ngantuk. Masa saya balik tadi Rauf sudah masuk bilik tidur. Saya pun rasa mengantuk.

Saya mau tidur selepas daddy atau mummy tukar pampes....Selamat Malam...Jangan Kencing Tilam

No comments:

Post a Comment