Saturday, June 4, 2011

DEFINITION OF:

ZACHARY -Remembered by GOD

EINSTIEN - Genius, Brilliant & Interlligent






































Tuesday, February 23, 2010

Hari ini saya 2 Tahun-23 February 2010

Yahooo

Wednesday, January 27, 2010

HUJAN & PANAS & FLU

Ten10 tidak berapa sihat beberapa hari ni. Hidung selalu sumbat ketika tidur. Tidur pun tak berapa selesa. Kadang kala terpaksa ganggu Daddy. Cian daddy terpaksa jaga ten10, walaupun esoknya kena kerja lagi.

Ten10 akan berusaha untuk cepat sembuh, rajin2 makan ubat dan minta kawan-kawan doa ten10 cepat sembuh.

Daddy & mummy tak berapa bawa ten10 keluar kerana cuaca panas & hujan tak menentu. Kadang kala cuaca sangat panas-ten10 rasa mcm jadi ikan bakar. Ini pun penyumbang mcm2 sakit ni.

Kawan-kawan di luar sana, yang kurang sihat, rajin2 makan ubat juga ye. Sama-sama sembuh, sama2 sihat. Kalau doktor nak cocok jarum...biar kan lah....yg penting SIHAT.

Sunday, January 24, 2010

Jalan-Jalan Di Mid Valley

Saya baru balik dari Mid Valley dengan Daddy dan Mummy dan Ayah Rauf dan Ibu Rauf dan Rauf. Kami jalan-jalan sebab boring di rumah. Walau pun saya tidak begitu sihat, saya tetap mau ikut jalan-jalan. Semalam saya bersin banyak kali dan hidung saya tersumbat.

Tadi lepas makan nasi, saya sudah makan ubat.

Saya sudah mandi. Badan saya wangi kerana pakai bedak. Saya suka main bedak, kadang2 tangan saya kena lastik sebab tumpah kan bedak merata tempat.

Saya mau pergi main dengan Rauf....tata....babaiii

Rauf Qayyum My Fren

Saya ada kawan. Nama dia Rauf Qayum. Dia gemok dan mentol..aa...montel dan tembam..... Dia baru tumbuh gigi. Gigi dia ada 4 1/2 batang. Kalau dia HEHEHEE...gigi dia nampak macam tupai...Walau pun Auf gedempol dia berlari dengan laju. Suatu masa dulu dia terlanggar dinding ketika berlari kerana brek kaki dia tak kuat. Dia menangis uwek uwek...

Kadang-kadang saya buli rauf. Saya suka buli dia sebab dia bulat. Rauf pernah hampir gigit saya. Waktu itu gigi Rauf belum tumbuh. Sejak gigi dia tumbuh saya hati-hati mau buli rauf, takut kena gigit.

Saya baru balik dari rumah Rauf. Saya makan malam di rumah Rauf. Saya makan sikit saja kerana mau bermain dengan Rauf.

Mata saya sudah ngantuk. Masa saya balik tadi Rauf sudah masuk bilik tidur. Saya pun rasa mengantuk.

Saya mau tidur selepas daddy atau mummy tukar pampes....Selamat Malam...Jangan Kencing Tilam

Saturday, January 23, 2010

ABC..123...Saya Budak Baru Belajar Blogging

Nama saya Zachary Einstein. Hari ini saya genap 1 tahun 11 bulan. Gigi saya sudah tumbuh. Warna gigi saya putih dan cantik. Saya suka minum Milo dan nyam-nyam nasi ayam...KFC pun saya suka. Makan KFC bila daddy sudah gaji. Saya masih hisap susu botol-1 botol pagi , 1 botol petang.
Saya belajar buat blog untuk tolong daddy beli susu dan beli nasi ayam hari-hari. Tolong saya klik-klik untuk beli aiskrim...nyam-nyam!